Covid19KerohanianSemasa

Arab Saudi kutuk penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW

Tolak sebarang usaha kaitkan Islam dengan keganasan

RIYADH :  Kerajaan Arab Saudi mengutuk tindakan penghinaan ke atas Rasulullah SAW dengan penyiaraan karikatur baginda di Perancis.

Riyadh juga menolak sebarang kaitan antara Islam dengan keganasan.

Agensi Berita Rasmi Arab Saudi, SPA, memetik sumber Kementerian Luar sebagai berkata, kerajaan mengutuk sebarang tindakan keganasan.

“Arab Saudi meminta supaya kebebasan bersuara seharusnya menjadi mercu tanda untuk saling hormat menghormati, toleransi dan keamanan,”

Bagaimanapun, tidak ada komen dari pihak berkuasa Arab Saudi mengenai gesaan memboikot produk Perancis berhubung penghinaan anti-Islam.

– Saudi Press

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button