Covid19PendidikanSemasa
Penerima vaksin terus meningkat

BANGI : Pemberian dos vaksin sehari di Malaysia melepasi angka 300,000 untuk empat hari berturut-turut.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah suntikan dos vaksin semalam menyaksikan peningkatan kepada 376,909 suntikan berbanding 375,842 dos pada hari sebelumnya.
“Sebanyak 313 dos suntikan diberi pada 5 Julai lalu disusuli dengan 340,043 dos pada hari berikutnya.
“Ini menjadikan jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat 8 Julai ialah sebanyak 10,413,270 dos.
“Daripada jumlah itu, 7,222,481 adalah penerima dos pertama manakala 3,190,789 penerima dos kedua,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter beliau, hari ini.
Oleh Azzman Jamal