DuniaSemasa

Atlet rosakkan bilik Perkampungan Olimpik

Katil hancur, maskot hilang

TOKYO: Beberapa atlet Australia dilaporkan menyebabkan kerosakan di bilik Perkampungan Olimpik sebelum pulang ke halaman masing-masing.

Bukan itu sahaja, menurut ketua kontinjen Ian Chesterman, maskot pasukan emu dan kangaru turut hilang tetapi kemudian ditemui semula,

Di dapati para atlet merosakkan katil dan dinding, tetapi tiada tindakan disiplin diambil selepas mereka memohon maaf.

“Sebahagian daripada mereka melakukan kesilapan, mereka meninggalkan bilik dalam keadaan yang tidak boleh diterima.

“Bilik-bilik tidak rosak teruk,” kata Chesterman yang menganggap kerosakan adalah kecil dan katil kadbod begitu mudah rosak.

Chesterman mendedahkan maskot-maskot juga dikeluarkan daripada penginapan pasukan Australia tetapi dikembalikan selepas beberapa hari.

“Maskot Kangaru dan emu hilang tetapi kami gembira apabila ia kembali. Ia sedikit misteri, puas kami cari tetapi tidak ditemui.

“Nampaknya seperti mereka menikmati percutian di Deutschland (penginapan pasukan Jerman). Maskot berkenaan memang suka berjalan, mujur ia kembali,” katanya. – AGENSI

Related Articles

Back to top button