COX’S BAZAR : Puluhan pelarian yang dihantar ke pulau Bhashan Char diberi kebenaran untuk melawat ahli keluarga mereka untuk pertama kalinya selepas dipindahkan sejak dua tahun lalu.
Sebanyak 68 pelarian diberi kebenaran untuk melawat keluarga mereka yang masih berada di pulau utama.
“Kapal tentera membawa mereka ke Chittagong dan dari situ mereka dibawa ke kem dengan menaiki dua bas.
“Ini adalah kali pertama Rohingya yang dipindahkan ke pulau berkenaan dibenarkan melawat ahli keluarga mereka yang masih berada di kem,” kata jurucakap Tentera Laut kepada AFP.
Seorang pegawai pengurusan bencana berkata, sekurang-kurangnya dua lawatan sebulan dibenarkan oleh kerajaan dari pulau ke kem pelarian.
“Saya tidak mampu menahan air mata apabila mengetahui nama saya berada dalam senarai lawatan. Abang saya masih tinggal di kem. Saya sangka tidak dapat peluang berjumpanya lagi,” kata Mohammad Hossain.
Selepas mengetahui nama saya berada dalam senarai lawatan, saya menangis. Abang saya masih tinggal di kem. Saya sangka tidak dapat berjumpanya lagi,” kata Mohammad Hossain.
Untuk rekod, kira-kira 850,000 Rohingya ditempatkan di kem yang terletak di sempadan Bangladesh-Myanmar.
Meskipun sukar untuk mendapatkan penempatan kekal untuk komuniti berkenaan, Bangladesh tetap menerima pujian kerana memberikan perlindungan kepada pelarian ini.
Bhashan Char terletak 60 kilometer dari darat Bangladesh dan terdedah dengan kejadian taufan.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar