DomestikSemasa

Banjir di Kedah, MAPIM Malaysia turun menghulurkan bantuan kecemasan

Baling : Banjir yang terjadi di Kedah telah menjejaskan beberapa buah kawasan di negeri itu. MAPIM Malaysia dengan kekuatan 20 anggota dari Wisma MAPIM, dan dibantu oleh MAPIM Rangers Kedah segera menggerakkan bantuan ke tiga kawasan iaitu Baling, Sik dan Merbau Pulas.

Misi bantuan kecemasan ini diketuai oleh Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar (PA) Zulhanis Zainol. Lebih 100 kotak bantuan makanan dan alat kelengkapan rumah seperti gas, toto, bantal dan cerek turut dibawa.

Menurut Mejar Zulhanis, dianggarkan hampir 250 buah keluarga terkesan akibat banjir yang melanda. Daripada jumlah itu, 99 buah keluarga memerlukan bantuan bekalan makanan segera, dan 60 keluarga daripadanya memerlukan bantuan kelengkapan rumah.

Antara mangsa awal yang ditemui oleh MAPIM ialah Marzuki Othman. Menurut beliau, banjir adalah perkara biasa di tempatnya, di Baling. Tetapi pada kali ini, air naik sehingga ke paras pinggang. Beliau tidak sempat menyelamatkan barangan penting di rumahnya kerana ia berlaku terlalu pantas.

Mejar Bersekutu (PA) Zukhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia

Tambah Mejar Zulhanis, “Selepas kita menerima berita daripada wakil MAPIM di Kedah tentang banjir yang luar biasa ini, kami terus menggerakkan bantuan kecemasan ke sana. Kami bergerak pada pukul 12 malam Selasa dan tiba pukul 7 pagi. Kita dan MAPIM Rangers merancang untuk berada di sini sehingga Rabu. Namun, itu semua tertakluk pada keadaan di lapangan.”

Pihak MAPIM Malaysia juga sudah menghidupkan amaran ‘red alert’ kepada semua sukarelawan di seluruh negara, bagi bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir besar yang akan berlaku di kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia.

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button