Tentera israel telah membunuh Adnan al Bursh, 50, yang merupakan ketua jabatan ortopedik di Hospital al-Shifa di utara Gaza, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan.
Seorang lagi tahanan dikenali sebagai Ismail Khader, 33, juga telah meninggal dunia di penjara israel, kata Persatuan Banduan Palestin pada Khamis.
Al Bursh telah ditangkap oleh tentera israel pada Disember lalu ketika dia merawat pesakit di Hospital al-Adwa di utara Gaza.
NGO itu berkata al Bursh kehilangan nyawanya di Penjara Ofer di Tebing Barat yang diduduki pada 19 April dan mayatnya masih ditahan oleh tentera israel, manakala Khader mati dalam tahanan dan mayatnya dibebaskan di persimpangan Kerem Shalom pada Khamis.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan tarikh kematiannya.
“Kedua-dua mangsa mati akibat penyeksaan dan jenayah yang dilakukan terhadap tahanan Gaza,” kata kenyataan itu.
Beratus-ratus rakyat Palestin dipercayai telah ditahan oleh tentera israel di tengah-tengah serangan maut ke atas Gaza.
Tiada anggaran tepat yang tersedia tentang angka mereka.
Perang kejam israel
israel telah melancarkan serangan tanpa henti ke atas kawasan Palestin sejak 7 Oktober lalu. Hampir 34,600 rakyat Palestin sejak itu terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan 77,800 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan keperluan asas yang teruk.
Lebih enam bulan selepas perang israel, kawasan Gaza yang luas hancur, mendorong 85 peratus penduduk enklaf itu ke berpindah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut PBB.
israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI