DomestikSemasa

Banjir: Kedah sumbang RM200,000 kepada Kelantan, Terengganu

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bersetuju menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM200,000 bagi membantu Kelantan dan Terengganu yang dilanda bencana banjir ketika ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata selain itu, empat kontena berisi 24,000 beg beras serta bahan makanan asas lain sumbangan Lembaga Zakat Negeri Kedah juga akan dihantar ke dua negeri itu.

“Penghantaran sumbangan makanan tersebut akan dibuat sebaik keadaan mengizinkan“, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya keputusan untuk memberi sumbangan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Setakat 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Terengganu adalah seramai 36,231 orang, sementara di Kelantan melibatkan 30,115 orang.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button