Semasa

Insiden tembakan rambang di Russia ragut lapan nyawa

MOSCOW : Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam kejadian tembakan rambang oleh seorang pelajar di sebuah kampus universiti dalam kejadian di Russia.

Jawatankuasa Siasatan Russia memberitahu, beberapa individu turut tercedera dalam kejadian di Perm State University itu, manakala suspek berjaya ditahan.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, ia menunjukkan pelajar mencampakkan barangan mereka dari tingkap bangunan sebelum melompat keluar untuk menyelamatkan diri.

Sebelum ini, pasukan menyiasat memaklumkan lima orang terbunuh dan enam lagi cedera dalam kejadian terbabit.

Pasukan penyiasat memaklumkan lelaki berkenaan mengalami masalah mental, namun dia disifatkan sihat untuk memiliki lesen senjata api jenis senapang semi automatik yang digunakannya dalam serangan itu.

Susulan kejadian itu, Presiden Vladimir Putin mengarahkan undang-undang berkaitan senjata api dikaji semula.

Terdahulu, kejadian sama berlaku pada Mei lalu apabila seorang remaja berusia 19 tahun melepaskan tembakan ke arah sebuah sekolah di bandar Kazan, mengakibatkan sembilan orang terbunuh.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button