DuniaSemasa

Bayi di dalam bayi tanda kekuasaan Allah

kembar perasit

ASHDOD : Apa sahaja yang terjadi dalam dunia ini adalah atas izin Allah. Tidak ada perkara yang mustahil dan itulah yang terjadi di Israel.

Ada bayi di dalam perut yang bayi baru lahir.

“Kami terkejut mengetahui yang itu adalah embrio,” kata pakar neonatologi Omer Globus kepada Times of Israel.

Dia menambah, kejadian aneh tersebut berlaku pada awal Julai di Assuta Medical Center, kota Ashdod.

New York Post melaporkan, doktor menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada kandungan itu selepas melakukan ujian ultrasound pada akhir kehamilan. Mereka melihat perut janin itu membesar.

Setelah bayi lahir, pihak hospital melakukan pelbagai jenis ujian. Daripada ujian itu pakar dapat memastikan ada embrio lain di dalam perutnya.

ASSUTA MEDICAL CENTER via NEW YORK POST Foto rontgen anin dalam bayi yang baru lahir di Israel.

Menurut Globus, bayi kedua di dalam perut bayi pertama bukanlah janin yang sempurna, melainkan embrio yang membesar dengan beberapa tulang dan jantung.

Menurut penjelasan Live Science, bayi tersebut sebenarnya menderita ‘janin di dalam janin’, suatu keadaan yang luar biasa di mana bayi sihat yang mempunyai kembar abnormal di dalam perutnya.

Keadaan ini sangat langka, hanya terjadi 1 daripada 500,000 kelahiran.

Belum diketahui apa yang menyebabkan keadaan tersebut, tetapi para pakar percaya bahawa pada peringkat trimester kehamilan, ‘kembar parasit’ itu terbentuk, ketika satu janin diserap oleh janin lain semasa kehamilan kembar seiras.

Doktor berjaya mengeluarkan embrio dan bayi perempuan yang baru lahir itu diharapkan pulih sepenuhnya.

Related Articles

Back to top button