SemasaSyria

Bayi yang diselamatkan di bawah runtuhan diberi nama Aya

JINDAYRIS : Seorang bayi perempuan Syria yang ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya di bawah runtuhan rumah mereka semasa gempa bumi minggu ini kini diberi nama Aya.

Bapa saudaranya, Salah al-Badran, akan membawanya pulang sebaik sahaja dia keluar dari hospital kerana seluruh kelurga telah terkorban akibat gempa yang melanda sejak Isnin lalu.

Afraa Abu Hadiya, ibu kepada Aya mungkin melahirkan gadis itu dan kemudian meninggal dunia beberapa jam sebelum mereka ditemui, kata Dr Hani Maarouf di hospital Cihan di Afrin.

“Kami menamakannya Aya, supaya kami boleh berhenti memanggilnya bayi yang baru lahir,” kata Maarouf. Keadaannya semakin pulih dari hari ke hari dan tiada kerosakan pada tulang belakangnya, seperti yang dikhuatiri pada mulanya.

Aya adalah salah seorang daripada ribuan anak yatim kehilangan keluarga mereka kerana gempa bumi 7.8 magnitud pada Isnin, yang mengorbankan lebih 21,000 orang di utara Syria dan tenggara Turkiye.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

 

Related Articles

Back to top button