NILAI : Sepuluh malam terakhir bulan Ramadan ini ditakrifkan sebagai “pecutan terakhir” untuk seluruh umat Islam bagi menambah amal ibadah sebelum menyambut hari kemenangan kita pada bulan Syawal.
Dalam kita sedang sibuk melakukan pecutan terakhir di samping melakukan persiapan Aidilfitri seperti membeli baju raya, kuih raya dan sebagainya, pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) masih giat meneruskan aktiviti menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.
Pihak MAPIM Malaysia telah hadir ke majlis berbuka puasa di Masjid Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai yang turut disertai oleh ADUN Nilai, YB Tuan Arul Kumar.
ADUN Nilai, YB Arul Kumar menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.Pengarah Tijarah, Mejar Bersekutu (PA) Ustaz Nik Abdul Aziz menyampaikan kotak bantuan kepada wakil Masjid Dato Kelana Petra Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai
Menurut Pengarah Tijarah, Mejar Bersekutu (PA) Ustaz Nik Abdul Aziz yang mewakili MAPIM Malaysia, sumbangan diberikan kepada golongan anak yatim, ibu tunggal, asnaf fakir miskin, orang istimewa serta golongan mualaf.
Mejar Bersekutu (PA) Ustaz Nik Abdul Aziz bersama insan kurang upaya.
“MAPIM Malaysia berbesar hati untuk menyumbangkan lebih 70 kotak bantuan kepada pihak masjid untuk diedarkan kepada penerima manfaat. Kami harapkan agar sumbangan ini dapat memberikan keriangan kepada mereka dalam menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi,” katanya.
Pihak MAPIM mengharapkan agar sumbangan ini mampu memberikan sedikit senyuman kepada mereka yang memerlukan. Supaya mereka lebih bersemangat bagi mengerjakan ibadah dalam akhir Ramadan dan seterusnya sambutan raya mereka pada tahun ini menjadi lebih bererti.
Golongan anak yatim beratur untuk mengambil duit rayaSekitar suasana majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri
AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN MULIA RAMADHAN AL-MUBARAK
MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.
HOTLINE MAPIM MALAYSIA jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
Aichi-Nagoya 2026: Skuad Badminton Lelaki Singkir Mongolia, Indonesia Menanti Pada Suku Akhir
13 hours ago
Pengampunan Najib: Anwar Nafi Buka Jalan, Tentukan Hak Setiap Banduan Memohon
13 hours ago
Anwar Imbau Perjalanan Perjuangan, Hargai Pengorbanan Perintis Reformasi
13 hours ago
Turath Perlu Diperkasakan Depani Perubahan Zaman, AI — PM Anwar
14 hours ago
Perdana Menteri Salur Bantuan Awal RM5,000 Kepada Mangsa Kebakaran Di Tambun
14 hours ago
Laporan Awal Pengurusan dan Kerugian FELDA Didedah Minggu Depan — PM Anwar
14 hours ago
Sistem Beraja Akan Gagal Jika Boleh “Ditukar Ikut Bulan” — PM Anwar
14 hours ago
Ratusan peneroka Israel menyerbu masuk ke Masjid Al-Aqsa, manakala Netanyahu bermegah di bawah Tembok Al-Buraq dengan berkata: “Kami Akan Tetap di Sini.”
14 hours ago
Tuanku Muhriz Batal Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan Serta-Merta
14 hours ago
Pihak Berkuasa Gaza Lancar Pelan Kecemasan Kosongkan dan Roboh 255 Bangunan Berisiko Runtuh