Semasa

Bekalan air di 21 kawasan Hulu Langat telah pulih

KUALA LUMPUR : Bekalan air di Wilayah Hulu Langat yang terjejas telah pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi hari ini melibatkan 21 kawasan, susulan Loji Rawatan Air (LRA) di Batu 11 Cheras sudah mula beroperasi.

Namun, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya kini sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan loji dapat beroperasi pada kapasiti optimum.

“Antara kawasan yang masih belum pulih adalah Taman Bukit Sungai Long, Taman Bukit Suria, Taman Sejati, Taman Sinar Harapan Cheras, Taman Taming Indah, Taman Tropicana Cheras dan Taman Wira Heights,” menurut kenyataannya hari ini.

“Bekalan air bersih dapat dibekalkan semula kepada pengguna di kawasan yang terjejas secara berperingkat-peringkat, sehingga pemulihan penuh dicapai.

Dalam pada itu, Air Selangor memberitahu, bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terjejas di mana keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

Sebelum ini dilaporkan terdapat beberapa LRA dihenti tugas kerana paras air yang meningkat dan penutupan kecemasan bekalan elektrik Ahad lepas.

Pengguna boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi dan media sosial Air Selangor atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di 15300 sementara pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di Pusat Bantuan Pelanggan melalui laman sesawang www.airselangor.com.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button