![](http://i0.wp.com/www.ummahtoday.com.my/wp-content/uploads/2021/10/sea-level-rise-1024x576-1.jpeg?fit=1024%2C576&ssl=1)
THE HAGUE : Institut Meteorologi Diraja Belanda (KNMI) melaporkan paras air laut akan meningkat sehingga dua meter di pantai Belanda dalam abad ini.
Agensi meteorologi negara itu pada Isnin memberitahu paras air akan meningkat lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan menjelang 2100, jika kadar pelepasan gas rumah hijau tidak dikurangkan.
Selain itu, paras air laut turut meningkat setinggi dua meter jika kawasan ais di Antartika mencair.
Terdahulu, KNMI menjangkakan paras air laut akan meningkat setinggi satu meter.
Berdasarkan kepada angka-angka yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan penyelidikan daripada agensi meteorologi Belanda, KNMI memaklumkan sejak 1901, paras air laut di pantai negara meningkat kira-kira 22 sentimeter.
Menurut portal berita phys.org , agensi meteorologi negara itu turut memberi amaran tentang ribut musim panas dan kemarau yang melampau.
Dijangka paras air laut menjadi lebih rendah pada musim panas dan lebih tinggi pada musim sejuk.
Oleh Nurshazlin Shahrom