Bilik siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik terbakar
Api berjaya dikawal sebelum merebak ke bilik berhampiran
GEORGE TOWN : Sebuah bilik siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik musnah dalam kejadian kebakaran di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Timur Laut di George Town, Pulau Pinang pada jam 7.55 pagi.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.55 pagi.
“Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak dan pihak bomba juga masih menyiasat punca kebakaran berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kebakaran melibatkan bangunan kerajaan Kelas A dengan peratusan kebakaran 40 peratus.
Api dipadamkan dalam masa 1 jam sebelum merebak ke bilik berhampiran.
Operasi pemadaman juga turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dan Lebuh pantai, katanya di sini hari ini.
Pihak polis masih menunggu laporan daripada pihak Jabatan Bomba berhubung kejadian berkenaan.