EkonomiKemanusiaanPalestinSemasa

Satu kebangkitan! Generasi Z akan membebaskan Palestin!

Generasi baru buktikan mereka berjuang lawan penindasan Isr4el

GAZA :  Satu kebangkitan yang berbeza! Perjuangan rakyat Palestin untuk kesaksamaan dan kebebasan telah mencapai satu peringkat baharu dan radikal.

Memetik satu laporan media, al Jazeera, dalam menghadapi serangan dan penindasan Israel ke atas hak dan kehidupan rakyat Palestin di Baitulmaqdis dan Gaza, rakyat Palestin bukan sahaja menunjukkan keberanian sebaliknya satu perpaduan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Malah beberapa protes di kawasan-kawasan utama mereka memberikan sokongan buat Fatah dan Hamas.

Keadaan ini turut diperakui Pengkaji Rantau Timur Tengah, Prof Datuk Dr Mohamad Ridzuan Othman, Naib Canselor Universiti Selangor. Kata beliau dalam satu temubual, jika dulu, sikap tidak peduli urusan Ha mas adalah Hamas, sebaliknya kali ini Hamas adalah Palestin dan mereka menyatakan kebersatuan sokongan yang pertama kali, penyokong Fatah dan Hamas bersatu, dan pertama dalam sejarah akibat daripada serangan terbaru Israel baru-baru ini.

Apa sahaja ada kaitan dengan Palestin telah dinyah dan dinafikan oleh FB, IG dan Twitter ketika serangan Israel ke Gaza baru-baru ini.

Penguasaan media digital memberi kelebihan kepada Generasi Z untuk mengeluarkan kenyataan solidariti. Mereka menganjurkan kempen dan menekan universiti dan institusi awam yang lain untuk mengambil tindakan. Mereka hanya menyebarkan propaganda Israel dan berusaha untuk menyebarkan tentang ketidakberperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin tanpa rasa takut untuk memanggil Israel sebagai Negara apartheid (penjajah).

Di media sosial, berpuluh-puluh ribu  orang dari seluruh dunia termasuk Malaysia mengecam serangan terbaru Israel ke atas rakyat Palestin di bawah hashtag seperti #shameonIsr4el #ISraelKoyak. Manakala di dunia tanda pagar  #SaveSheikhJarrah dan #Gazaunderattack mendominasi platform media sosial berhari-hari.

Walaupun ada usaha tanpa henti oleh Israel dan syarikat media sosial untuk menolak kecaman, generasi Z meningkatkan kesedaran tentang pendudukan haram Israel serta pelanggaran berulang terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa Palestin.

Syarikat teknologi besar seperti Facebook dan Google terpaksa bekerja lebih masa untuk menghapus kritikan terhadap Israel dari platform berpengaruh mereka. Sejak awal tindakan keganasan dan ketenteraan di wilayah diduduki Palestin, di Tebing Barat dan Gaza, syarikat-syarikat ini telah menapis berita dan video oleh aktivis.

 

Malah kempen dan maklumat oleh sekutu Palestin yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan berkongsi maklumat mengenai jenayah perang Israel dan pelanggaran hak asasi manusia terus di`lawan’ oleh golongan ini yang mendominasi dunia maya. YouTube, juga tidak mampu menghalang sehingga terpaksa menambah had usia untuk siaran langsung Al Jazeera Arab yang membuat liputan berterusan konflik Israel Palestin.

Buat pertama kalinya juga, ramai dalam kalangan Ahli Kongres Amerika Syarikat seperti Rashida Tlai, Alexandria Ocasio-Cortez secara terang-terangan menggelar Israel negara apartheid. Senator Bernie Sanders pula menyekat resolusi penjualan senjata AS bernilai ASD$735 juta kepada Israel selepas serangan udara Zionis ke atas Gaza yang mengorbankan 253 orang termasuk 66 bayi dan kanak-kanak. Pengamal media yang pro-Israel, dari Fox News, Geraldo Rivera juga mengutuk pendirian Amerika dan menyatakansokongan menamatkan serangan Israel ketika bersiaran secara langsung.

Tidak terkecuali figura dunia terkenal termasuk John Oliver, Bella Hadid, Susan Sarandon, Malala Yousafzai, Paul Pogba, Kyrie Irving dan ramai lagi yang mengutuk sistem apartheid Israel. Mereka menggunakan platform mereka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak dan perjuangan pembebasan Palestin.

Kajian dan berita mengenai sokongan yang semakin meningkat terhadap Palestin dalam kalangan orang muda ketika anggota Generasi Z jauh lebih muda  tetapi aktivis Generasi Z berbeza dengan yang datang sebelum mereka untuk menjatuhkan kekejaman yang dilakukan oleh tentera zionis israeal .

 

Bella Hadid menyertai demo untuk  Bumi Palestin
Ahli Kongres Wanita A.S Alexandria Ocasio-Cortez

Peralihan budaya di Palestin ini berlaku berkemungkinan pengaruh pergerakan menuntut keadilan yang berlaku dalam gerakan Black Lives Matter dan LM dan MeToo yang sangat berpengaruh. Isu keadilan sosial dan perkauman serta diskriminasi menjadi perhatian anak muda kini.

Apabila orang muda melihat dan menyokong perjuangan Palestin sebagai bahagian penting dalam usaha mereka untuk mencapai keadilan, kesaksamaan dan kebebasan untuk semua orang, adalah logik untuk menganggap bahawa suara-suara yang menyokong Palestin akan menjadi lebih kuat dan berpengaruh selama bertahun-tahun yang akan datang!

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM

________________________________________________________________________________________________

*******Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin.
Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin.
Boleh terus salurkan ke
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button