KerohanianSemasa

Boleh ke solat Jumaat di halaman Masjid atau tanah lapang?

Adalah tidak disyaratkan untuk dilakukan solat Jumaat di dalam binaan masjid, bahkan boleh untuk dilakukakan di halaman masjid atau di tempat lapang yang terbuka berdasarkan kepada pandangan jumhur ulama’.

Justeru itu, hukum melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah di halaman masjid atau di tanah yang lapang adalah sah dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT sepertimana ia dilaksanakan di dalam binaan masjid juga.

Kredit foto BERNAMA

Syariat Islam mewajibkan bagi umat Islam dalam kalangan lelaki, baligh, berakal, orang yang bermukim di sesuatu tempat dan tidak mempunyai keuzuran, untuk mendirikan solat Jumaat secara berjemaah. Ini berdasarkan dalil daripada Al-Quran, hadith dan Ijma’. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

BACA JUGA
Tinggal solat Jumaat dengan sengaja? Apa hukumnya?

Sebahagian jemaah menunaikan solat Jumaat di luar masjid apabila ruang solat penuh ketika tinjauan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur

Kewajipan melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah tidak disyaratkan solat Jumaat tersebut dilakukan di dalam bangunan masjid mengikut kepada pandangan jumhur ulama’. Ini seperti para ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah, mereka tidak mensyaratkan untuk solat Jumaat diadakan di dalam masjid. (Rujuk Fatawa Syar’iyah Wa Buhuth Islamiah, 1:274)

Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi RA dalam kitabnya, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dengan berkata:

وَ لَا يُشْتَرَطُ إِقَامَتُهَا فِي مَسْجِدٍ وَ لَكِنْ تَجُوزُ فِي سَاحَةٍ مَكْشُوفَةٍ..وَ سَوَاءٌ صَلُّوهَا فِي رُكْنٍ أَمْ سَاحَةٍ -وَ لَوْ انْهَدَمَتْ أَبْنِيَةُ القَرْيَةِ أَوْ البَلْدَةِ- فَأَقَامَ أَهْلُهَا عَلَى عِمَارَتِهَا لَزِمَتْهُمْ الجُمُعَةُ فِيهَا سَوَاءٌ كَانُوا فِي سَقَائِفِ وَ مَظَالٍ أَمْ لَا. لِأَنَّهُ مَحَلُّ الاسْتِيطَانِ.

Maksudnya: Tidak disyaratkan untuk mendirikannya (solat Jumaat) di dalam masjid, bahkan harus untuk mendirikannya di tempat lapang yang terbuka.. samada mereka mendirikan solat tersebut di penjuru atau di lapangan – jika sekiranya bangunan di tempat tersebut telah hancur, kemudian penduduknya mengimarahkannya semula, maka wajib bagi mereka menunaikan solat Jumaat dilakukan di bawah bumbung ataupun tidak. Ini kerana tempat tersebut menjadi tempat bermastautin.(Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4:501).

Selain itu, Imam al-Syaukani berkata dalam kitabnya, Nail al-Awtar Syarh Muntaqa al-Akhbar:

قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَ الشَافِعِي وَ سَائِر العُلَمَاءِ: إِنَّ المَسْجِدَ لَيْسَ شَرْطًا لِإِقَامَةِ الجُمُعَةِ إِذْ لَمْ يُفَصِّلْ دَلِيلُ وُجُوبِهَا

Maksudnya: Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafie dan kebanyakan para ulama’ berpendapat bahawa masjid bukanlah salah satu daripada syarat untuk mendirikan solat Jumaat, ini kerana dalil tidak memperincikan tentang kewajipannya untuk dilaksanakan di masjid. (Rujuk Nail al-Awtar lil Syaukani, 3:279)

Manakala, Imam Malik pula mensyaratkan wujudnya masjid untuk dilaksanakan solat Jumaat. Justeru itu, tidak sah bagi penduduk kampung yang telah merobohkan masjid di tempat mereka dan membiarkannya tidak berbumbung untuk mereka mendirikan solat Jumaat di tempat tersebut. (Rujuk Fatawa Syar’iyah Wa Buhuth Islamiah, 1:274 / Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid, 2:336).

Artikel adalah dirujuk melalui tulisan AL-KAFI #1321


SEWA DEWAN EKSKLUSIF UMMAH HALL
===============================
📍Bangi       📍Putrajaya      📍Kajang
===============================
.
11 kelebihan UMMAH HALL berbanding pesaing
✅ Rekaan hiasan dalaman yang eksklusif & panorama yang mewah
✅ Lengkap dengan sistem skrin LED yang besar
✅ Mempunyai PA System Audio yang padu
✅ Pencahayaan lampu yang moden
✅ Sesuai untuk semua jenis majlis
✅ Dapur katering dari Restoran Al-Araby Mathaam dengan hidangan resipi istimewa
✅ Penyaman udara yang lengkap setiap ruang
✅ Surau yang selesa
✅ Tandas yang bersih
✅ Menyediakan skrin layar putih dan LCD Projector
✅ Tempat yang strategik & kemudahan parkir
.
Dewan UMMAH HALL sesuai untuk sebarang majlis termasuk :
✅ DINNER ✅ MAJLIS KENDURI ✅ MAJLIS PERKAHWINAN ✅ TAPAK PAMERAN ✅ JAMUAN AKHIR TAHUN ✅ MAJLIS AQIQAH ✅
=====================================
ABADIKAN DETIK TERINDAH BERSAMA UMMAH HALL 
=====================================
Hubungi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button