KemanusiaanPalestinSemasa

Bulan Sabit Merah Turki bantu buka pusat logistik terbesar di Gaza

Nilai keadaan kemanusiaan setelah serangan terbaru Israel

GAZA: Pusat logistik terbesar akan dibuka di Semenanjung Gaza dengan sokongan Bulan Sabit Merah Turki.

Agensi amal itu berkata pusat itu bakal menjadi pusat koordinasi untuk hal-hak kemanusiaan dan bantuan untuk masyarakat di Gaza.

Ketua Bulan Sabit Merah Turki, Kerem Kinik  berkata demikian selepas lawatan dua hari di Gaza bertemu rakan sejawatannya, Yunus al Khatib.

“Hari ini, kami membuka pusat logistik terbesar di Gaza, yang kami cuba buka sebelumnya, bersama-sama dengan saudara saya, Doktor Yunus dan rakan-rakan kami. Ia menjadi pusat logistik terbesar di Gaza dari segi bantuan kemanusiaan dan bencana,” Ketua Bulan Sabit Merah Turki / Kerem Kinik

Kerem yang berkata kepada agensi Anadolu Ahada lalu, bahawa beliau mengunjungi Gaza untuk menilai keadaan kemanusiaan di daerah itu setelah serangan Israel baru-baru ini. Lawatan itu juga bagi membincangkan keperluan rakyat Palestin di Gaza.

Menilai kesan serangan terbaru Israel sebagai “terburuk” bagi Gaza, beliau berkata, rangkaian bekalan air dan elektrik musnah dan ribuan rakyat Palestin terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Sehubungan itu  beliau berkata mereka akan membincangkan isu memenuhi keperluan kemanusiaan dengan institusi dan organisasi di  Palestin.

Menekankan bahawa penduduk Gaza memerlukan bantuan segera, katanya bahan bakar harus dibekalkan terutamanya kepada janakuasa yang membekalkan elektrik ke hospital di wilayah tersebut.

Turkish Red Crescent helps open Gaza's largest logistics center

Pada 16 Jun, Kerem mengadakan beberapa siri pertemuan di Ibu kota Mesir Kaherah untuk memepercepatkan usaha bantuan. Proses konvoi bantuan kemanusiaan pertama sebanyak 10 trak telah selesai, selepas berjaya memasuki sempadan Rafah.

Photographs of children killed in Israeli attacks exhibited in Gaza

Gencatan senjata yang dipimpin oleh Mesir mengakhiri pengeboman Israel selama 11 hari di Semenanjung Gaza pada 21 Mei.

Serangan udara itu mengorbankan hampir 300 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak. Pusat kesihatan dan pejabat media serta sekolah adalah struktur sasaran yang hancur seluruhnya.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

**** MASA UNTUK BERTINDAK!

Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :

http://tabunggaza.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button