Covid19Semasa

COVID 19 : 10,710 kes baharu dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA : Kes harian Covid-19 menunjukkan penurunan hari ni walaupun masih mengekalkan lima angka iaitu 10,710 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 916,561 kes.

Menurut beliau, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu dengan mencatatkan 4,828 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 945 kes dan Negeri Sembilan 771 kes.

Kedah mencatatkan 696 kes manakala Sabah (666), Johor (808), Melaka (289), Perak (407), Pulau Pinang (295), Sarawak (261), Pahang (396), Kelantan (146) dan Terengganu 123.

Selain itu, Putrajaya 51, Labuan (50) dan Perlis merekodkan 5 kes.

Oleh Hafeez Anuar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button