Covid19DomestikSemasa

COVID-19: Abang Johari positif

MIRI: Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Masyarakat Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, disahkan positif COVID-19 malam tadi.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika berucap dalam sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Hotel Pullman Miri, hari ini.

“Beliau (Tan Sri Abang Johari) memohon maaf kepada semua tetamu yang hadir pada hari ini kerana tidak dapat merasmikan acara bagi mengiktiraf peranan wanita ini,” jelasnya.

Menurut Fatimah, beliau menerima berita Abang Johari disahkan positif COVID-19 pada jam 9 malam tadi.

Susulan itu, membuatkan beliau tidak dapat menghadiri acara sambutan hari wanita pada hari ini.

Dalam pada itu, beliau memohon rakyat Sarawak berdoa agar Premier Sarawak cepat sembuh dari penyakit wabak COVID-19 ini supaya membolehkan beliau sambung berkhidmat kepada rakyat negeri Sarawak seperti biasa.

Difahamkan bahawa Abang Johari dijadualkan menghadiri serta merasmikan sambutan hari wanita di Miri hari ini.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button