
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
PUTRAJAYA : Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan sejumlah 19,268 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,725,357 kes.
Selangor kekal catat negeri tertinggi kes harian baharu dengan 3,567 kes, berbanding 4,591 kes semalam.
Tujuh lagi negeri turut melaporkan kes empat angka iaitu Sabah dengan 2,310 kes; Johor (2,265); Kedah (2,084); Sarawak (2,028); Pulau Pinang (1,780); Kelantan (1,308) dan Perak dengan 1,144 kes.
Negeri lain turut melaporkan kes baharu iaitu Pahang (788); Kuala Lumpur (672); Terengganu (544); Melaka (395); Negeri Sembilan (269); Perlis (71); Putrajaya (41) dan dua kes di Labuan.
Oleh Nurshazlin Shahrom