Semasa

Daging kerbau India negatif Covid-19 – JPV

KUALA LUMPUR : Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV) mengesahkan bahawa sampel daging kerbau yang diimport dari India dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, didapati bebas daripada virus Covid-19.

“Sejak Januari hingga Julai, sebanyak 455 sampel haiwan dan produk berasaskan haiwan keluaran tempatan dan import, termasuk daging kerbau dari India, telah dikumpul dan didapati negatif daripada virus itu.

“Setelah tiada virus Covid-19 dikesan pada daging kerbau yang diimport dari India, JPV tidak akan mengenakan sekatan impor untuk daging kerbau sejuk beku,” menurut JPV.

JPV juga mempunyai sistem yang teratur mengenai prosedur kelulusan pengimportan daging sejuk beku yang turut melibatkan daging kerbau India yang akan dibawa masuk ke negara ini.

Justeru, jabatan menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang dengan keselamatan daging kerbau sejuk beku yang diimport, kerana daging tersebut diperoleh dari rumah sembelihan yang telah mendapat kelulusan kerajaan Malaysia selain pusat pengeluaran daging dipantau rapi oleh pihak berkuasa negara pengeksport produk tersebut.

-BERNAMA

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button