DuniaSemasa

Mangkatnya Duke of Edinburgh

Bendera Union Jack dikibar separuh tiang

UNITED KINGDOM :   KEMASKINI  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan takziah kepada Ratu Elizabeth II dan kerabat diraja Britain atas pemergian Putera Philip, Duke of Edinburgh.

Baginda dan Raja Permaisuri Agong melalui laman Facebook Istana negara, bertitah Putera Philip akan dikenang olehnya dan juga seluruh rakyat Malaysia atas khidmat bakti beliau dalam memberi sokongan penuh terhadap Komanwel di mana Malaysia adalah antara anggotanya.

Tambah Seri Paduka Baginda, Putera Philip akan sentiasa diingati atas usahanya untuk mengeratkan hubungan antara dua negara United Kingdom dan Malaysia.

“Ingatan dan doa dititipkan kepada baginda Ratu, kerabat diraja dan rakyat Britain yang turut merasai pemergian Putera Philip,” – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Putera Philip yang juga suami kepada Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 99 tahun di Istana Windsor pagi (Jumaat) semalam.

Putera Philip dikurniakan gelaran Duke of Edinburgh selepas mendirikan rumah tangga bersama Ratu Elizabeth II pada tanggal 20 November 1947.

Berita kematian Duke of Edinburgh itu tular selepas pemakluman melalui laman Twitter The Royal Family.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ratu Elizabeth II:

Her Majesty announced her husband’s death at midday. Buckingham Palace said in a statement: ‘It is with deep sorrow that Her Majesty The Queen announces the death of her beloved husband, His Royal Highness The Prince Philip, Duke of Edinburgh.

Pada 2017, Putera Philip telah bersara daripada tugasan menghadiri semua upacara rasmi awam. Duke of Edinburgh itu juga memutuskan bahawa baginda tidak akan lagi terbabit dalam sebarang majlis awam bermula musim luruh tahun tersebut.

Pada pertengahan Februari lalu, Putera Philip dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London selepas dilaporkan tidak sihat. Mendiang kemudian dipindahkan ke Hospital St Bartholomew pada 1 Mac lalu selepas dua minggu dirawat.

Berdasarkan laporan akhbar Istana Buckingham, mendiang dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Sepanjang menerima rawatan, hanya putera sulung yang juga pewaris takhta diraja Britain sahaja mengunjungi bapanya.

Sementara itu, punca kematian Putera Philip tiada kaitan dengan virsu COVID-19.

Putera Philip dan Ratu Elizabeth, 95, menjadi antara yang terawal di Britain menerima suntikan vaksin Covid-19 iaitu pada 11 Januari lalu.

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button