SEPANG : Demi perjuangan membantu ummah sama ada domestik mahupun antarabangsa, Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) meneruskan bantuan ke Syria yang dijangka akan dilanda musim sejuk yang teruk.
Misi Musim Sejuk Syria ini diketuai sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia (Dr.) Sani Araby Al Kahery yang berpecah kepada tiga kumpulan.
Kumpulan pertama terdiri daripada empat delegasi, disertai oleh Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol sudah pun berangkat semalam.
Kumpulan kedua pula terdiri tiga delegasi yang disertai oleh Bendahari Agung MAPIM Malaysia iaitu Kapten Bersekutu (PA) Haji Muhammad Faris Hussain.
Manakala (Dr.) Sani Araby Al Kahery akan menyusul kemudian.
Mengulas tentang misi kali ini, menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery,
(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia
“Amanah MAPIM Malaysia semakin besar. Kita perlu terus berkhidmat dalam negara dan juga pada masa yang sama santuni pelarian dan mereka yang terdesak di luar negara seperi Syria, Yaman, Gaza, Lubnan, Somalia, dan juga lainnya termasuk Afganistan. Tahun 2022 dijangkakan akan lebih mencabar kerana banyak yang perlu dibantu termasuk memberi fokus kepada semua projek pembangunam MAPIM Malaysia di 40 negara yang sedang berjalan dan diberi pemantauan. Justeru sokongan penderma dan penyokong sangat dialu-alukan untuk merealisasikan semua hajat besar untuk membantu dan memperkasakan Ummah ini.”
Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol turut memaklumkan kumpulan yang berangkat semalam merupakan ‘team advanced’ yang ditugaskan merancang serta menyusun gerak kerja sebelum misi besar-besaran pada awal tahun depan.
“Alhamdulilah, setelah dua tahun kita menjalani PKP akibat Covid-19, hari ini MAPIM Malaysia menjalankan satu misi yang kita gabungkan beberapa gerak kerja antaranya kita wujudkan teamadvanced untuk menyelaras atau menyusun gerak kerja sebelum misi besar-besaran pada awal tahun hadapan,” kata Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol.
Tambah beliau, setelah dua tahun MAPIM Malaysia melaksanakan gerak kerja bantuan domestik kini tibalah masanya untuk MAPIM bekerjasama bersama NGO antarabangsa Turki bagi menyantuni pelarian-pelarian di Syria yang kini dalam keadaan terdesak.
Pada misi kali ini juga, MAPIM yang diwakili oleh (Dr.) Sani Araby Al Kahery akan memeterai beberapa kerjasama dengan menandatangani MOU bersama beberapa agensi kerajaan dan juga NGO di Turki. Kerjasama yang dibuat ini merupakan kesinambungan dalam misi menyantuni pelarian Syria sebelum ini.
Ekoran pandemik Covid-19 yang masih menjadi ancaman, MAPIM Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan setiap aktivis sepanjang menjalankan misi ini.
Antaranya dengan membawa barang keperluan serta set ujian kendiri untuk Covid-19 atau Swab Test sebagai langkah berjaga-jaga.
Selain itu pelitup muka dan hand sanitizer juga diwajibkan sentiasa dibawa ke mana-mana.
(Dr.) Sani turut menzahirkan hasrat yang MAPIM sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan di Malaysia dan juga di Turki demi menjayakan antara projek terbesar MAPIM Malaysia yang sedang dibangunkan iaitu Malaysia Wakaf City, di Syria.
MAPIM Malaysia sentiasa komited dan sangat mengharapkan agar dapat menyantuni seramai mungkin saudara yang memerlukan tidak kira di mana sekalipun termasuklah di Syria.
365HariAkuUntukUmmah
Kepada yang ingin menyumbang
Anda masih boleh berbuat kebaikkan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini. Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 bina rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
___________________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
___________________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):