InspirasiSemasa

Dian Karisma mengaji 15 juzuk sehari

Mewakili Malaysia dalam acara hafazan Al-Quran MTHQA ke-63

KUALA LUMPUR: Muslimah berusia 18 tahun yang mewakili Malaysia dalam acara hafazan Al-Quran dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 berkongsi cara mengekalkan hafazannya dengan mengulang hafazan antara 12 hingga 15 juzuk setiap hari.

Dian Karisma Binti Mohd Japar yang berasal dari Sabah berkata, dalam masa sama, beliau perlu sentiasa memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada guru supaya hafazannya sentiasa lancar dan kekal.

Kredit alhijrahnews

“Saya akan mengulang bacaan sebanyak 12 hingga 15 juzuk sehari. Kebiasaaanya akan khatam 30 juzuk dalam tiga ke empat hari”.

“Di maahad memang sepenuh masa mengaji sahaja, hanya rehat untuk makan, solat dan tidur,” katanya memetik laporan AlHijrah Online.

Berkongsi kisahnya, Dian mula menghafaz Al Quran sejak berumur sembilan tahun di Maahad Al-Faizin, Tawau dan mengambil masa lima tahun untuk mengkhatamkan hafazan 30 juzuk.

Tambahnya, Dian bersyukur direzekikan untuk menghafaz Al-Quran kerana yakin dengan berkat kalamullah itu, urusan seharian dan rezekinya lebih mudah dan lancar.

BACA JUGA
MAPIM anjur program ‘healing’ melalui Majlis Ummah Berselawat

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button