PalestinSemasa

Seorang lagi pemuda Palestin ditembak mati di Hebron

HEBRON: Seorang pemuda Palestin ditembak mati tentera israel berhampiran Masjid Ibrahimi, pusat bandar Hebron, Tebing Barat menurut sumber perubatan dan keselamatan.

Tentera israel yang ditempatkan di pusat pemeriksaan tentera, di selatan masjid, melepaskan peluru tajam ke arah kenderaan yang dipandu oleh Nassim Abu Fouda, 26, menyebabkannya cedera parah di kepala.

Menurut saksi, Hazem Abu Sneineh, mereka mula menembaknya, kemudian memukulnya.

Dia dibawa ke hospital, di mana keadaannya semakin teruk, dan kemudian dilaporkan meninggal dunia.

Tentera berkata pemandu itu dibawa dari kereta oleh pegawai perubatan Palestin dan kemudiannya dilaporkan meninggal dunia.

Jenazah Abu Fouda dibalut dengan sejadah Islam berwarna hijau ketika ia dibawa dari masjid di tengah Hebron untuk dikebumikan, dikelilingi oleh ratusan orang yang berkabung.

Syuhada itu adalah rakyat Palestin ke-35 yang terbunuh dalam konflik itu bulan ini, di Tebing Barat dan Baitulmaqdis timur.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button