DomestikSemasa

Dua lelaki maut selepas treler hilang kawalan di Miri

Dua lelaki dilaporkan maut selepas sebuah treler bermuatan jentera berat hilang kawalan di lampu isyarat Jalan Miri Bypass, Miri pada kira-kira 4.20 petang tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Melintang Mamuwas, 55, dan Tan Gawan, 44, masing-masing pemandu dan kelindan treler berkenaan. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, kedua-dua mangsa tersepit di bahagian tempat duduk dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Proses mengeluarkan mangsa memerlukan bantuan kren bagi mengalihkan jentera berat yang masih berada di atas treler tersebut sebelum operasi penyelamatan dapat diselesaikan.

— Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button