DuniaSemasa

Empat maut selepas konvoi ahli parlimen Pakistan diserang

Oleh: Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Islamabad: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala empat lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang konvoi ahli parlimen di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan.

Berdasarkan laporan Xinhua, kumpulan bersenjata tersebut menyerang ahli parlimen Liaqat Ali Khan di kawasan Maidan daerah Lower Dir.

Sumber: Xinhua

Ahli parlimen tersebut parah bersama tiga lagi mangsa lain. Laporan turut menyebut dua lelaki bersenjata, adik dan anak saudara ahli parlimen terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan tersebut.

Konvoi itu dipercayai telah diserang selepas melakukan perjalanan ke sebuah kampung. Pihak keselamatan kini sedang menjalankan siasatan di kawasan itu.

Ketua Menteri wilayah Mahkmood Khan mengutuk kejadian itu sambil berkata: “Mereka yang terlibat dalam serangan tersebut akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.”

Buat masa ini tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab. – Xinhua

Related Articles

Back to top button