Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
GAZA: Pejuang Palestin dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza seperti yang dicadangkan Kaherah.
Berdasarkan sumber keselamatan Mesir, kesepakatan itu dicapai selepas serangan hari hari ke atas Semenanjung Gaza oleh Israel mendorong pejuang Palestin untuk menyasarkan serangan balas roket jarak jauh ke Tel Aviv.
Merujuk kemaskini yang dibuat oleh Nadir Al-Nuri aktivis kemanusiaan warga Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza melalui aplikasi telegram-nya menyatakan,
“Persetujuan gencatan senjata dicapai, bermula pada jam 11.30pm waktu Palestin (4.30a.m waktu Malaysia) dengan perantaraan Mesir dan syarat pembebasan dua tahanan daripada pimpinan Jihad Islami yang berada di tangan Israel, Khalil al-Awawdah dan Bassam as-Sa’di serta meringankan kepungan ke atas Gaza dengan membenarkan kemasukkan bahan bakar (diesel) untuk kegunaan generator.”
Walaubagaimanapun, tiga minit selepas gencatan senjata bermula, tentera Israel secara curang terus melancarkan roket menyerang pelbagai sasaran milik pejuang Islam di Gaza.
Dalam kenyataan lain selepas itu, pasukan tentera Israel berbohong mengatakan, serangan akhir mereka dilakukan pada jam 11.25 malam (waktu tempatan).
Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan gencatan senjata, masing-masing memberi amaran kepada satu sama lain bahawa akan bertindak balas dengan kekerasan terhadap sebarang keganasan.
“Keadaan masih sangat rapuh, saya menggesa semua pihak untuk mematuhi gencatan senjata,” jelas Utusan Khas Keamanan Asia Barat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tor Wennesland.
Pertempuran yang berlaku sejak Jumaat lalu itu hampir sama seperti Perang Gaza sebelum ini, perkara tersebut mencetuskan kebimbangan kuasa besar yang menjadi perantara damai di Asia Barat.
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan bahawa lebih 44 warga Palestin termasuk 15 kanak-kanak serta 4 wanita terbunuh manakala 360 cedera.
Roket yang telah dilancarkan oleh kumpulan pejuang Muslim sebelum ini berjaya melumpuhkan sebahagian besar selatan Israel dan telah menyebabkan penduduk di beberapa kawasan termasuk Tel Aviv dan Ashkelon mendapatkan perlindungan di tempat perlindungan bom.
Tindakan tersebut merupakan respon terhadap perbuatan Israel yang membunuh komander kumpulan Jihad Islam di selatan Gaza.
Israel dalam satu kenyataan mengatakan kononnya sistem pertahanan ‘Iron Dome’ mereka berjaya memintas 97 peratus roket pejuang.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia