DuniaSemasa

Musim panas UAE cecah lebih 44°C

Kelembapan meningkat sehingga malam

DUBAI : Cuaca yang sangat panas dijangka melanda hampir seluruh UAE sekali lagi.

Menurut Pusat Meteorologi Nasional, suhu maksimum di dalam negara akan mencapai 48°C hari ini. Walau bagaimanapun, Al Ain dan Fujairah dijangka akan mendung.

“Cuaca akan cerah secara amnya dan sesetengah kawasan mendung, di bahagian timur tengah hari nanti, dan panas semasa waktu siang.” – Pusat Meteorologi Nasional (NCM)

NCM juga memberi amaran tahap merah dan kuning untuk kabus dan kurang penglihatan di kawasan Al Dhafra, Abu Dhabi sehingga 8 pagi esok waktu tempatan.

Di kawasan pesisir termasuk Dubai dan Sharjah, ketinggian suhu akan mencecah antara 39-44°C. Suhu maksimum di bahagian dalam negara akan mencecah antara 44-48°C dan di kawasan bergunung, ketinggian suhu akan mencecah antara 33-39°C.

Suhu maksimum direkod pada Ahad tengah hari adalah 49.2°C di Saih Al Salem (Dubai) pada 2 petang. Angin ringan hingga sederhana semasa siang hari akan menyebabkan tiupan habuk, menurut NCM di ramalan cuaca harian. Kelembapan akan meningkat sehingga malam, menurut laporan NCM.

“Ia akan lembap malam dan Selasa pagi dengan kemungkinan pembentukan kabus di beberapa kawasan pesisiran.” – Pusat Meteorologi Nasional

Kelembapan relatif dijangka dalam anggaran 65-70 peratus di pesisiran dan kawasan dalaman negara. Laut agak tenang di Teluk Arab dan laut Oman.

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button