DuniaSemasa

Gempa bumi sederhana landa rantau kepulauan Filipina

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina pada 9.27 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 187 km tenggara dari Davao, Filipina.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

– Bernama

Related Articles

Back to top button