Marrakesh – Penyelamat menggunakan peralatan berat dan tangan kosong, bagi meningkatkan usaha mencari mangsa yang terselamat daripada gempa bumi dahsyat yang mengorbankan lebih 2,100 orang dan meratakan beberapa kampung.
Pada Ahad, gempa susulan berukuran 4.5 magnitud menggegarkan penduduk yang sudah trauma di wilayah yang sama.
Perkampungan pergunungan Tafeghaghte, 60 kilometer dari Marrakesh, hampir musnah, dengan sangat sedikit bangunan yang masih berdiri.
Di tengah-tengah serpihan itu, penyelamat awam dan anggota angkatan tentera Maghribi mencari mangsa yang terselamat dan mayat mangsa.
“Semua orang sudah tiada! Hati saya hancur!” jerit Zahra Benbrik, 62, yang kehilangan 18 saudara mara, dan mayat abangnya masih terperangkap.
Banyak rumah di perkampungan pergunungan terpencil dibina daripada batu bata lumpur.
Di kampung Amizmiz, berhampiran Tafeghaghte, sebuah backhoe menyeret serpihan berat sebelum penyelamat menggali runtuhan tangan kosong bagi mengeluarkan mayat yang masih berselimut.
Rakyat Maghribi pada Ahad lepas bergegas ke hospital di Marrakesh untuk menderma darah bagi membantu mereka yang cedera.
Kementerian Dalam Negeri Maghribi berkata, pihak berkuasa “digerakkan bagi mempercepatkan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa yang cedera.”
Kementerian pertahanan Sepanyol memaklumkan sebuah pesawat A400 berlepas dari Zaragoza dengan 56 penyelamat dan empat anjing pengesan menuju ke Marrakesh bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa yang terselamat.
“Kami akan menghantar apa sahaja yang diperlukan kerana semua orang tahu bahawa waktu awal ini adalah penting, terutamanya jika ada orang yang tertimbus di bawah runtuhan,” kata Menteri Pertahanan Margarita Robles kepada televisyen awam Sepanyol.
Selain Sepanyol, beberapa negara menawarkan bantuan.
Presiden Recep Recep Tayyip Erdogan berkata Türkiye bersedia membantu Maghribi yang dilanda gempa bumi dengan segala cara yang ada.
“Sebagai sebuah negara yang mengalami ‘bencana abad ini’ enam bulan lalu, kami bersedia membantu saudara Maghribi kami dengan segala kemampuan kami,” kata Erdogan pada sidang akhbar pada Ahad selepas sidang kemuncak G20 di New Delhi, India.
Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata negaranya telah menggerakkan semua pasukan teknikal dan keselamatan untuk membantu.
Macron, bersama Perdana Menteri India Narendra Modi dan ketua-ketua Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Kesatuan Afrika dan Suruhanjaya Eropah, juga berjanji, dalam satu kenyataan bersama, bagi menggerakkan alat dan bantuan teknikal dan kewangan untuk membantu rakyat.
Amerika Syarikat memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat mereka bersedia untuk digerakkan, dan Pope Francis pada Ahad sekali lagi menyatakan sokongan kepada mereka yang terjejas akibat bencana itu.
Algeria, yang telah lama mempunyai hubungan tegang dengan negara jiran Maghribi, membuka ruang udaranya, yang telah ditutup selama dua tahun, kepada penerbangan yang membawa bantuan kemanusiaan dan memindahkan mangsa yang cedera.
SUmber : TRT World
Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM
MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.
Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.
MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)
Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh