DuniaSemasa

Gempa Morocco : Rumahnya musnah tetapi anak kucingnya selamat

Marrakesh – Seperti kebanyakan penduduk di lembah Atlas Mountains di Maghribi, Badr lhwari bekerja dalam sektor pelancongan.

Ini adalah destinasi popular dan ramai pelancong dan pekerja sektor pelancongan terjejas akibat gempa tersebut.

Ihwari berkata, bangunan yang didiaminya musnah semuanya. Dia dapat melarikan diri tetapi cedera apabila serpihan runtuhan menyebabkan luka dalam pada kakinya.

Apa yang dia ada sekarang hanyalah satu beg kecil dengan beberapa pakaian. Selebihnya telah hilang dan tertimbus di bawah runtuhan.

Di tengah-tengah kemusnahan, terdapat secercah harapan. Romeo, anak kucing Ihwari, ditemui di dalam runtuhan.

Berada dalam pelukan Ihwari, kucing itu masih terlihat takut dan bernasib baik kerana tidak cedera.

Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM

MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.

Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.

MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.

Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)

Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh

Related Articles

Back to top button