DuniaSemasa

Palestin hantar pasukan penyelamat ke Maghribi

RAMALLAH, – Palestin sedang bersiap sedia untuk menghantar pasukan penyelamat ke Maghribi, bagi membantu usaha menyelamat, susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu pada Jumaat.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, berkata, “Palestin meletakkan semua keupayaannya untuk menyokong dan membantu Maghribi.”

Perdana Menteri, Mohammed Ishtaye, turut mengucapkan takziah, dengan berkata, “Kami semua bersedia memberikan yang terbaik untuk membantu saudara-saudara kami di Maghribi dalam menyelamatkan mangsa yang terselamat.”

Pergerakan Palestin Hamas dan Jihad Islam di Gaza, turut menyampaikan ucapan takziah dan menyatakan solidariti mereka dengan Maghribi.

Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi malam Jumaat telah meningkat kepada 1,037, kata Kementerian Dalam Negeri negara itu, semalam.

Gempa bumi itu juga telah mencederakan sekurang-kurangnya 1,204 orang, menurut kemas kini terkini daripada kementerian.

SUMBER : Nam News Network

Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM

MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.

Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.

MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.

Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)

Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh

Related Articles

Back to top button