DomestikKesihatanSemasa

Gerakkan Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kini di PPR Wangsa Maju, Seksyen 2

KUALA LUMPUR: Program Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) digerakkan buat kali ke-10 dengan sambutan penduduk yang menggalakkan.

Secara keseluruhan pada hari pertama, hari ini, kedatangan penduduk mencecah hampir 50 orang pesakit untuk mendapatkan pemeriksaan secara percuma.

Kedatangan penduduk memeriahkan lagi suasana pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan.

Setakat tengah hari tadi, jumlah pesakit mencecah lebih 20 pesakit dengan ada daripada mereka merupakan bangsa yang berlainan.

Kebanyakkan daripadanya merupakan golongan bangsa Melayu, segelintir bangsa Cina dan India yang berperingkat umur kanak-kanak sehingga warga emas.

Difahamkan, mereka juga berpuas hati dengan layanan dan pemeriksaan rawatan kesihatan yang diberikan oleh doktor bertugas.

Petugas yang terlibat, terdiri daripada kumpulan sukarelawan MAPIM dan empat sukarelawan lain.

Pesakit yang datang untuk membuat pemeriksaan dan rawatan kesihatan dirawat oleh seorang doktor di bahagian bilik pemeriksaan bawah, manakala seorang Medical Assistant (MA) terpaksa mengambil alih bilik pemeriksaan atas sebagai perunding masalah kesihatan pesakit kerana kekurangan pihak doktor.

Waktu program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM beroperasi bermula pada pukul 10 pagi hingga 3 petang, berlangsung selama dua hari iaitu hari ini dan juga esok.

Mobile Clinic MAIWP akan diteruskan lagi pada hari esok dengan waktu beroperasi yang sama.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button