Covid19DomestikSemasa

89.1 peratus individu sudah lengkap vaksin

PETALING JAYA : Sebanyak 20,856,337 individu dewasa atau 89.1 peratus di negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat 7 Oktober 2021.

Setakat semalam juga, sejumlah 196,647 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.6 peratus atau lebih 22,153,302 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 25,551 diikuti Johor (18,017), Perak (11,640), Pulau Pinang (8,901) Kedah (8,145), Pahang (3,095) dan Selangor (3,063).

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi peringatan tegas kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung untuk melakukan ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) bagi memastikan bebas dari Covid-19.

Bersama kita membendung dan memutuskan rantaian Covid-19.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button