DuniaSemasa

Lima terkorban dalam kejadian bangunan runtuh di utara Mesir

KAHERAH: Lima terbunuh dan 11 yang lain cedera dalam dua kejadian bangunan runtuh di utara Alexandria dan Beheira Mesir pada Ahad, lapor agensi berita MENA.

Di wilayah Beheira, dua orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas sebuah bangunan lapan tingkat runtuh di Rashid City.

Kredit foto AFP

Operasi sedang dijalankan untuk mencari mangsa di bawah runtuhan, lapor MENA.

Sementara itu, dua balkoni bangunan kediaman runtuh di kawasan Bakus, timur Iskandariah, mengorbankan tiga orang dan mencederakan dua yang lain, menurut MENA.

Pihak pendakwa raya telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

Pada Jun, 10 orang terbunuh apabila sebuah bangunan 13 tingkat runtuh di Alexandria.

BACA JUGA
Aktivis MAPIM Malaysia tiba di Kahramanmaras 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button