Ketua Hamas Ismail Haniyeh bersedia untuk ke Mesir untuk rundingan mengenai gencatan senjata di Gaza dan perjanjian pertukaran tawanan dengan Israel, kata sumber yang rapat dengan kumpulan pejuang Palestin.
Haniyeh, yang berpangkalan di Qatar, akan mengetuai delegasi Hamas “peringkat tinggi” ke Mesir, di mana dia akan mengadakan perbincangan dengan ketua perisikan Mesir Abbas Kamel dan yang lain, sumber itu memberitahu agensi berita AFP.
Perbincangan akan “menghentikan pencerobohan dan perang untuk menyediakan perjanjian bagi pembebasan tawanan (dan) pengakhiran pengepungan yang dikenakan ke atas Gaza”, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap tentang lawatan itu.
Di bawah perjanjian gencatan senjata selama seminggu bulan lalu yang dibantu oleh Qatar, disokong oleh Mesir dan Amerika Syarikat, 80 tawanan Israel dibebaskan sebagai pertukaran untuk 240 rakyat Palestin yang meringkuk di penjara Israel. Tetapi Israel telah menangkap beribu-ribu rakyat Palestin sejak 7 Oktober.
Menurut sumber Hamas, rundingan di Mesir akan memberi tumpuan kepada “penyampaian bantuan kemanusiaan, pengunduran tentera Israel dari Gaza dan pemulangan orang yang dipindahkan ke bandar dan kampung mereka di utara”.
Kunjungan Haniyeh akan menjadi kunjungan kedua beliau ke Mesir sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober, selepas lawatan pada awal November.
SUMBER : TRT World