Covid19DuniaSemasa

Kematian tertinggi dicatat oleh Amerika Syarikat

Wabak covid-19 meragut nyawa rakyat AS lebih 800,000

Amerika Syarikat : Varian baharu COVID-19, Omicron, meningkatkan kebimbangan di seluruh dunia sejak kes pertama yang dikesan di Afrika Selatan pada akhir November lalu.

Ia telah menyumbang kira-kira tiga peratus daripada keseluruhan kes jangkitan di Amerika Syarikat yang dijangka akan meningkat dengan cepat, seperti mana yang berlaku di negara lain.

Data awal membuktikan bahawa varian Omicron akan menyebabkan gejala yang lebih ringan pada kebanyakan orang disahkan dijangkiti.

Namun, peningkatan kebolehjangkitan dan keupayaan mengatasi sistem imuniti boleh menyebabkan lebih ramai orang dijangkiti.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins, di negara barat seperti Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi 800,000 kematian rakyatnya akibat wabak covid-19.

Angka yang dicatat oleh negara tersebut jauh lebih besar daripada keseluruhan penduduk di beberapa negeri termasuk North Dakota dan Alaska.

Beberapa ahli Kongres lain bertafakur dan memberi penghormatan di tangga bangunan Capitol termasuk Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dan Speaker Dewan Senat Chuck Schumer, Pemimpin Dewan Repunlikan dan Kevin McCarthy, petang semalam.

Speaker Dewan Senat, Chuck Schumer berkata, “Kita semua tahu bahawa penyakit ini sudah meragut banyak nyawa.”

“Pada hari ini, kita harus beringat kepada 800,000 orang tersayang yang sudah terkorban, kehilangan bapa atau datuk, ibu atau nenek, sahabat dan mereka yang dikenali di kawasan kejiranan kita,” katanya.

Pemberian vaksin berjaya mengurangkan jangkitan sejak dimulakan pada Disember 2020 dan pemberian vaksin meluas menjelang musim bunga sebelum ini.

Selain itu, kira-kira 450,000 daripada kematian berlaku pada 2021 dan sebilangan besar daripada kematian itu adalah membabitkan mereka yang tidak divaksinasi.

Menurut data rasmi, analisa terbaharu September lalu, risiko kematian akibat COVID-19 adalah 14 kali lebih tinggi dalam kalangan orang yang belum divaksin sepenuhnya.

Negara itu kini memasuki gelombang kelima, dengan pusat penularan kes kini tertumpu di negeri utara yang lebih sejuk, apabila orang ramai mulai berkumpul di dalam rumah.

Pihak berkuasa kesihatan menggesa semua orang yang berusia lebih 16 tahun mendapatkan suntikan penggalak untuk memulihkan imuniti ke tahap yang setanding dengan dua dos terhadap strain terdahulu. – AFP

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button