DomestikHiburanKerohanianSemasa

Haram bermain Claw Machine- Mufti Perlis

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

SHAH ALAM: Mesin permainan anak patung kanak-kanak atau ‘Claw Machine’ dan seumpama dengannya adalah termasuk dalam kategori perjudian (al-Maisir).

Mufti Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, permainan itu mempunyai pertaruhan melibatkan wang apabila jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut, jika sebaliknya akan mengalami kerugian terhadap wang tersebut.

“Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak lagi akan kerugian.

“Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan,” katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya.

Tambahnya lagi, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

Related Articles

Back to top button