Semasa

Hari Hitam Kashmir : Hari Peringatan MAPIM terhadap tragedi Kashmir 1947

AMPANG : Tarikh 27 Oktober setiap tahun disambut bagi memperingati Hari Hitam Kashmir yang membabitkan peristiwa tentera India melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas ribuan warga Kashmir.

Pergolakan antara Kashmir, India dan Pakistan bermula dari pemisahan benua kecil India pada 27 Oktober 1947 yang lebih dikenali sebagai “Black Day” atau Hari Hitam.

Hari ini Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengadakan satu pertemuan bersama pihak Shura dan juga duta dari Pakistan bagi memperingati Hari Hitam Kashmir tersebut.

Menurut Presiden MAPIM, Cikgu Azmi Abdul Hamid, perjumpaan ini adalah tanda penyatuan ummah serta menunjukkan solidariti kepada masyarakat Kashmir yang tertindas.

“Kerajaan Pakistan sangat membantu dan memberi perhatian terhadap nasib warga Kashmir, MAPIM sentiasa mengadakan perundingan bersama dengan Pakistan bagi melihat apa kemudahan yang mereka boleh bantu untuk MAPIM masuk ke sebelah Kashmir Pakistan,” katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

Dalam pada itu, Cikgu Azmi juga memaklumkan kepada UMMAHToday bahawa pihak MAPIM telah merancang untuk berangkat ke India dalam masa beberapa bulan lagi bagi melihat sendiri keadaan di sana dan menghulurkan bantuan kemanusiaan.

“Kita menjadualkan hujung tahun ini untuk berangkat ke Kashmir dan kita akan melaksanakan beberapa projek  seperti membina pusat MAPIM di sana dan menghantar ambulan serta bantuan kemanusiaan untuk isu pendidikan, perubatan dan juga tempat tinggal.

Bantuan berupa pek makanan serta perkhidmatan ambulans turut disediakan kepada penduduk yang terjejas akibat kekurangan makanan dan mengalami kecederaan teruk akibat perbuatan rakus tentera India.

Beliau turut memaklumkan telah menghantar satu mesej kepada pihak India bagi mengadakan satu sesi dialog untuk membincangkan inisiatif seterusnya dalam membantu warga Kashmir dan menggesa mereka akur terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tragedi itu menjadi titik tolak kepada konflik Kashmir sehingga Kashmir dibahagikan antara India dan Pakistan.

Semuanya bermula apabila British memisahkan wilayah India yang terdiri daripada majoriti umat Islam yang membentuk Pakistan dan wilayah yang mempunyai majoriti penganut Hindu pula membentuk negara India.

Oleh Hafeez Anuar

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button