KemanusiaanSemasaSyria

7 terbunuh serangan rejim Bashar dan sekutunya

Serangan sasarkan perkampungan & kemudahan awam

IDLIB : Rejim Bashar Al-Assad dan penyokong utamanya, Russia sekali lagi melepaskan serangan artileri di kawasan Barat Laut Syria, Idlib dengan menyasarkan penempatan penduduk tempatan dan fasiliti-fasiliti penting, awal pagi semalam. (21 Jun)

Merujuk laporan The White Helmets, serangan ‘berdarah’ di sekitar Al-Bara, Ehsim dan bandar Al-Mastouma ini mengorbankan tujuh orang, termasuk dua wanita dan 12 lagi cedera parah.

Dalam tempoh tiga minggu, Bashar Al Assad dengan kerjasama Russia melancarkan kempen serangan yang membunuh menjadikan jumlah angka korban kira-kira 100 orang sejak awal tahun ini.

Walaubagaimanapun, kekejaman ini tidak menerima sebarang kecaman mahupun perhatian daripada pihak antarabangsa.

Sumber : The White Helmets

Sabtu lalu (12 Jun), rejim Bashar melepaskan serangan artileri di Wilayah Idlib yang dikuasai pembangkang sehingga mengorbankan seorang orang awam dan 13 yang lain cedera.

“Antara yang cedera adalah dua kanak-kanak dan seorang orang awam, yang berada dalam keadaan kritikal,” – Jurucakap The White Helmets

Seabad lamanya, rejim Bashar mengabaikan keperluan dan keselamatan rakyat Syria, matlamat utama pimpinan beliau hanyalah keuntungan semata-mata dan menghancurkan pihak pembangkang.

Penindasan yang dilakukan Bashar Al-Assad tidak ubah seperti bangsa laknatullah Israel, yang melepaskan serangan disasarkan ke tempat kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan kawasan perumahan penduduk tempatan.

Kemusnahan yang dilakukan rejim Bashar Al-Assad

Menurut Daily Sabah , sejak Disember 2019, hampir satu juta penduduk Idlib melarikan diri daripada serangan Bashar Al-Assad dan berhijrah mencari tempat perlindungan di khemah-khemah yang terlalu padat terletak berhampiran sempadan Turki.

Biarpun, pelbagai bantuan  disampaikan dari Institusi Turki, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi kemanusiaan antarabangsa, namun, terdapat ribuan lagi rakyat Syria yang memerlukan perhatian dan pertolongan segera lebih-lebih lagi ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.

Oleh : Wartawan Ummah Today Nurshazlin Shahrom – Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)

____________________________________

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut

– RM600 saham wakaf rumah pelarian

– RM500 bantuan ubat-ubatan

– RM250 bantuan food pack 1 bulan

– RM250 bantuan alat pemanas

– RM500 wakaf saham bina sekolah #40

– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

___________________

2 CARA MENYUMBANG

KE DANA BANTUAN KECEMASAN

MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG

http://www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan  Menerusi Maybank

SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button