Covid19Dunia

Indra Rudiansyah, pemuda Indonesia yang terbabit dalam kajian vaksin AstraZeneca

Kebanggaan Nusantara

London : Beliau adalah lulusan sarjana muda dari Institut Teknologi Bandung (ITB) dalam jurusan mikrobiologi. Selesai pengajian sarjana muda, beliau terus menyambung pengajian sarjana (fast track program) di tempat yang sama dalam bidang bioteknologi.

Kecemerlangannya dalam pelajaran melayakannya menerima biasiswa dan tawaran meneruskan pengajian PhD di Universiti Oxford dalam bidang Clinical Medicine. Beliau khusus dalam mengkaji vaksin untuk malaria.

Namun pada ketika virus corona melanda dunia, semua aktiviti di kampus ditutup kecuali bidang yang berkaitan dengan covid-19.

Makmal kajian covid pula kekurangan sumber manusia sedangkan untuk kajian vaksin ia memerlukan ramai pengkaji.

Pada ketika itulah, Profesor Sarah Gilbert, ketua pasukan Jenner Institute membuka peluang untuk sesiapa yang berkelayakan bagi memasuki pasukannya. Indra Rudiansyah terus mengambil peluang itu kerana sebelum ini beliau mempunyai pengalaman terlibat dalam pengembangan vaksin rotavirus dan novel polio di Biofarma setelah lulus dari ITB.

Pasukan Jenner Institute bekerjasama dengan Oxford Vaccine Group mengkaji dan menguji vaksin covid-19 di Pusat Vaksin Oxford.

“Saya tentunya sangat bangga dapat bergabung dalam pasukan bagi uji klinis vaksin Covid-19 ini, meskipun ini bukan penelitian utama untuk tesis saya,” ujar Indra Rudiansyah kepada ANTARA London, 23 Juli 2020.

Antara tugas utama Indra adalah menguji antibody response dari para sukarelawan yang sudah divaksinasi.

Proses kajian vaksin AstraZaneca sangat cepat dan hanya mengambil masa selama enam bulan untuk kerja yang sepatutnya mengambil masa selama lima tahun. Semuanya kerana berkat perkembangan teknologi dan juga jumlah sumber manusia yang ramai.

Beliau berpesan kepada penduduk Indonesia supaya jangan khuatir untuk mengambil vaksin kerana ia adalah selamat. Memang belum cukup sempurna tetapi ia adalah sebagai langkah kecemasan.

Sehingga kini vaksin AstraZeneca sudah diedarkan ke 100 buah negara, dan sebanyak 600 juta dos vaksin AstraZeneca sudah dikeluarkan.

  • Kompas

 

Related Articles

Back to top button