DuniaSemasa

Israel akan terima balasan setimpal, jika benar sabotaj pelabuhan Beirut

Hezbollah ikrar bertindak balas, tunggu keputusan siasatan

Pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah berkata pihaknya akan menunggu sehingga keputusan siasatan letupan Beirut, sebelum bertindak.

Namun sekirnya terbukti, Israel dalang kepada tragedi itu, pastinya Israel akan menerima balasan setimpal.

Bercakap dalam satu ucapan di siaran televisyen pada Jumaat, beliau berkata punca kejadian setakat ini adalah disebabkan kemalangan atau perbuatan sabotaj yang menyebabkan ammonium nitrat itu meletup.

pic: Reuters

Setakat ini Israel menafikan pembabitannya dalam kejadian berdarah 4 Ogos lalu yang meragut banyak nyawa dan lebih 6,000 cedera.

Nasrallah juga mendesak kerajaan baharu Kubnan dibentuk oleh parti politik tradisional negara itu, sekurang-kurangnya kerajaan yang lebih selamat dalam mewakili ahli politik dan pakar-pakar.

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button