PalestinSemasa

Israel menolak rayuan membebaskan ‘tahanan mogok lapar’ yang sedang kritikal

Oleh Khairulanwa Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Mahkamah tentera Israel menolak rayuan untuk membebaskan seorang banduan Palestin yang kesihatannya semakin merosot ketika dia meneruskan mogok lapar selama lebih 165 hari.

Qadri Abu Baker, Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menganggap pentadbiran penjara bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehidupan Khalil Awawdeh.

Khalil Awawdeh adalah salah seorang daripada beberapa orang tahanan Palestin yang telah melakukan mogok lapar berpanjangan selama bertahun-tahun sebagai protes terhadap apa yang dipanggil sebagai penahanan pentadbiran (administrative detention).

Dimaklumkan bahawa tentera Israel telah menangkap bapa kepada 4 orang anak itu pada Disember tahun lalu. Israel menuduhnya sebagai ahli kumpulan bersenjata.

Menurut peguam Awawdeh, Haddad menyatakan bahawa pada hari Isnin mahkamah tentera telah menolak rayuan untuk membebaskan Khalil Awawdeh. Anak guamnya itu tidak makan semasa mogok kecuali untuk tempoh 10 hari di mana dia menerima suntikan vitamin.

Dr Lina Qasem Hassan, Pakar Perubatan untuk Hak Asasi Manusia melawat Khalil pada hari Khamis di hospital tempat dia dipindahkan selepas keadaannya semakin teruk. Lina berkata Khalil mempunyai berat 42kg dengan tangan digari di katil dan dikelilingi oleh pengawal.

“Nyawa Khalil di dalam bahaya. Dia mengalami gejala neorologi yang teruk dan gangguan kognitif, ini berkemungkinan besar dia tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.” – ujar Dr. Lina

Berdasarkan laporan Aljazeera, Israel kini menahan kira-kira 4,450 tahanan Palestin. Dengan kira-kira seramai 670 rakyat Palestin sedang ditahan dalam tahanan pentadbiran dengan jumlah tersebut meningkat pada Mac ketika Israel memulakan serbuan tangkapan hampir setiap malam di Tebing Barat yang diduduki.

Seorang anggota Jawatankuasa Pusat Barisan Demokratik Palestin, Mahmoud Khalaf mengatakan keingkaran Israel untuk membebaskan tahanan mogok lapar ini bakal mengundang kemarahan rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pihak Palestin menuntut pembebasan dua orang tahanan iaitu Khalil Awawdeh dan Bassam al-Saadi sebagai perjanjian gencatan senjata bersama Israel ketika pencerobohan Israel baru-baru ini.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button