DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Jepun sumbang AS$5 juta kepada Palestin hadapi krisis makanan dunia

Bantuan tersebut akan disampaikan kepada UNRWA

RAMALLAH : Jepun memberikan sumbangan sejumlah AS$5 juta untuk pelarian Palestin sebagai bantuan kecemasan bagi menghadapi krisis bekalan makanan dunia.

Pejabat Perwakilan Jepun ke Palestin berkata bantuan tersebut akan disampaikan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) untuk bantuan makanan kritikal kepada pelarian Palestin di Semenanjung Gaza.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sumbangan kami adalah sebagai tanda menyokong keluarga pelarian Palestin di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap lonjakan harga makanan global yang memberi kesan kepada penduduk di Semenanjung Gaza.

“Sumbangan ini mewakili komitmen dan solidariti kami yang teguh kepada pelarian Palestin di kala dunia berdepan dengan pelbagai krisis kemanusiaan yang serius,” menurut Duta Besar Masayuki Magoshi , Wakil Jepun ke Palestin dalam satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod, kerajaan Jepun ialah penderma khusus kepada UNRWA, setelah memberi sokongan terhadap agensi tersebut sejak 1953 dan pada tahun 2021, kerajaan Jepun merupakan penyumbang ke-5 terbesar.

Berkat sokongan berterusan penderma seperti kerajaan Jepun dan agensi ini mampu memberikan perkhidmatan kepada pelarian Palestin di seluruh Timur Tengah dalam menghadapi cabaran yang berterusan.

Related Articles

Back to top button