
SEOUL : Kerajaan Korea Selatan terpaksa mengeluarkan arahan kecemasan berwaspada buat pertama kali bagi tahun ini berikutan jerebu tebal berbahaya melanda ibu kota negara tersebut, Seoul.
Menurut Pejabat Pengurusan Kualiti Udara Metropolitan (MAMO), tahap ketumpatan habuk ultra halus di Seoul, Wilayah Gyeonggi dan Wilayah Chuncheong Selatan diunjurkan sangat teruk dengan sukatan 76 mikrogram setiap meter padu.
MAMO mengeluarkan arahan kecemasan pada pukul 6 pagi kelmarin untuk mengurangkan operasi di tapak- tapak pembinaan dan jumlah kenderaan di kawasan yang terlibat sebagai langkah berjaga-jaga dan akan mula berkuat kuasa sehingga 9 malam hari sama.
Dalam pada itu, pusat ramalan cuaca tempatan memaklumkan kepadatan habuk ultra halus dalam empat peringkat dengan dua lagi adalah baik (15 ke bawah) dan sederhana buruk (16~35).
Pihak berkuasa negara itu turut menggesa orang ramai agar tidak keluar rumah jika tidak mempunyai urusan penting dan memakai pelitup muka penapisan tinggi seperti jenis KF 94 jika berada di tempat terbuka.
– AGENSI