Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
KUALA LUMPUR : “Satu cara yang penting ialah suntikan vaksin. Cuba dapat suntikan secepat mungkin. Kita lebih selamat jika disuntik. Ini sahaja cara menyelamat kita. SOP menolong tetapi vaksin lebih mampu selamat kita.”
Itu keterangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman Twitter miliknya.
Menurut Dr Mahathir, sehingga kini jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 di Malaysia sudah pun mencecah kira-kira 12,000 kes termasuk mereka yang tidak dapat dirawat di hospital sehingga mengundang ajal.
Bukan itu sahaja, pandemik ini turut menyebabkan ramai yang tidak dapat makan, jauh sekali dari pendapatan.
“Keadaan sekarang amat teruk. Tiap hari 20,000 dijangkiti Covid-19, tidak dapat rawatan, tinggal di rumah, menjadi lebih teruk dan meninggal.
“Oleh kerana keadaan ini orang ramai perlu pandang serius wabak ini dan sanggup menerima segala tindakan untuk kurangkan kes baru.” ijarnya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu juga menekankan memang sukar untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila seorang individu perlu menjarakkan diri dengan individu lain sepanjang masa, memakai pelitup muka dan membasuh tangan.
“Tetapi jika tidak sanggup mengamal arahan ini, lebih ramai akan dijangkiti, dan maut setiap hari.
“Satu cara yang penting ialah suntikan vaksin. Cuba dapat suntikan secepat mungkin. Kita lebih selamat jika disuntik. Ini sahaja cara menyelamat kita. SOP menolong tetapi vaksin lebih mampu selamat kita.
“Ya, memang menekan semua ini. Tetapi jika kita tidak sanggup mengalami kesusahan, keadaan akan jadi lebih teruk dan ramai yang akan dijangkiti dan meninggal dunia.” ujarnya di laman media sosial, hari ini.
TINDAKAN UNTUK COVID-19 (KEPADA SEMUA PENDUDUK MALAYSIA)
1. Kita sedang diserang oleh wabak COVID-19, satu malapetaka yang boleh bawa maut kepada ramai dari kita, dari keluarga kita, ibu bapa kita, sahabat kita, kenalan kita.https://t.co/lLCPdnxCM8
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 26, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom