DuniaEkonomiKemanusiaanSemasa

Jutaan penduduk Timur Tengah alami krisis kelaparan akibat konflik Rusia-Ukraine: ICRC

Berjuta-juta penduduk berisiko mengalami kebuluran dalam masa beberapa bulan akan datang akibat kemiskinan melampau, sekuriti makanan yang berpuncara daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Ketua Pengarah Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Robert Mardini berkata bahawa krisis itu akan dirasai terutamanya penduduk di bahagian Afrika dan Timur Tengah, berikutan krisis sistem makanan, tenaga dan kewangan.

Beliau berkata bahawa konflik di Ukraine telah menyumbang kepada peningkatan harga bahan api, baja dan makanan, sehingga memaksa keluarga membuat pilihan yang sukar setiap hari.

Walaupun telah mendapat gesaan berkali-kali daripada agensi kemanusiaan, namun masih tiada penyelesaian berskala besar bagi mengurangkan tekanan timbul terhadap populasi yang sangat bergantung kepada eksport bijirin dari Rusia dan Ukraine, kata Mardini.

“Konflik bersenjata, ketidakstabilan politik, kejutan iklim, dan impak sekunder pandemik Covid-19 telah menjadikan keadaan yang sudah kritikal menjadi lebih teruk.”

Mardini menyifatkan situasi itu sebagai terdesak, sambil menambah bahawa masa sudah semakin suntuk.

“Tanpa usaha bersepadu dan kolaboratif, ia berisiko menjadi krisis kemanusiaan yang tidak dapat dipulihkan dengan jumlah nyawa yang terkoban yang tidak dapat dibayangkan.”

Di Somalia, sebagai contoh, bilangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami Malnutrisi Akut Berat dengan komplikasi perubatan yang dimasukkan ke Pusat Penstabilan kendalian ICRC telah meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kenaikan harga makanan mendorong ramai keluarga untuk tidak menghantar anak-anak mereka dari sekolah kerana tidak lagi mampu membayar yuran.

Rusia dan Ukraine bersama-sama membentuk 25 peratus daripada pengeluaran gandum dan bijirin dunia, manakala kira-kira 85 peratus daripada bekalan gandum Afrika diimport.

Somalia, sebagai contoh, mendapat lebih daripada 90 peratus gandumnya dari Rusia dan Ukraine.

Related Articles

Back to top button