DuniaSemasa

Kabinet Keselamatan Israel Arah Tentera Tingkat Kesediaan Bagi Kemungkinan Serangan Ke Atas Iran

Kabinet keselamatan Israel mengarahkan pihak tentera untuk meningkatkan persediaan bagi kemungkinan melancarkan serangan ke atas Iran, menurut laporan penyiar awam Israel, KAN, pada petang Rabu.

Penyiar berkenaan mendedahkan bahawa arahan yang dikeluarkan itu boleh mendesak pihak ketenteraan menjalankan aktiviti yang berisiko mencetuskan peperangan baharu di rantau tersebut. Pendedahan ini muncul susulan kenyataan pemimpin parti Yashar, Gadi Eisenkot, yang mendesak Perdana Menteri sementara, Benjamin Netanyahu, agar menahan diri daripada melancarkan operasi ketenteraan yang tidak perlu sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa mesyuarat kabinet keselamatan Israel kali terakhir diadakan pada 5 Oktober lalu, iaitu beberapa minggu sebelum pilihan raya umum dijalankan pada 27 Oktober.

Sumber Maklumat: Anadolu Agency (AA)

Related Articles

Back to top button