SEOUL: Satu kebakaran berlaku di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan hari ini.
Namun, ia berjaya dipadamkan dalam tempoh 17 minit dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Seorang pegawai berkata, kebakaran berpunca daripada alat pemanas di tingkat dua kedutaan itu pada jam 9.38 pagi waktu tempatan.
Dalam kejadian kebakaran itu, kira-kira 20 orang terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat.
Malah, sebahagian daripada dinding bangunan turut dikesan terbakar, namun tiada sesiapa yang tercedera, lapor agensi berita Yonhap.
Pihak berkuasa kini sedang meneliti bagaimana pemanas kipas itu boleh mengakibatkan kebakaran. – AGENSI
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today